aKatSukiZ (:
+Follow
"MAAF. Perlu masa untuk menyendiri. Mencari semula siapa diri ini dan tujuan aku diciptakan. Mohon doakan aku. Aku tetap sama, cuma aku adalah aku yang sedang mengenali ISLAM dengan lebih dekat. AKU LAH NUR 'AINA BINTI AHMAD YUSPI :')" #TeamHijrah


tumblr / facebook / twitter
← old new →
cerita tentang sahabat
Tuesday, January 24, 2012
APAKAH ITU SAHABAT ?

dipetik dri wikepedia yeh (:

Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.
Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:

  • kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
  • simpati dan empati.
  • kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
  • saling penGERTIAN 
 
 
APAKAH CIRI-CIRI SAHABAT ?
 

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kenapa ak timbulkan isu persahabatan dalam blog hari ni? Sebab hari ni, ada perkara buat ak terfikir "Betulkah ak benar-benar faham apa itu persahabatan?" Banyak benda datang dalam fikiran hari ini - semuanya berkisar tentang makna persahabatan.

Selama ini, ak selalu kata pada sahabat2, "Engkaulah sahabat aku." Dan tika itu ak rasa ak faham apa maknanya. Tapi selepas terjadinya beberapa insiden, ak perlu kaji semula apa maksudnya persahabatan tu pada ak. Sebab ak kalau boleh tidak mahu sekadar memasang ikrar dalam persahabatan, tapi pengisiannya - kosong.

Itu sajalah dulu untuk hari ni. Nanti bila ak dah rasa abah faham apa sebenarnya bersahabat itu,ak akan mengupas semula tentang ini, insyaAllah.
 
 
SEDIKIT KATA-KATA BUAT SAHABAT 
 
Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

 
 
lazly ak na dedicated kn lgu ni 4 korg, 
tkan la sni 4 enjoy mksd sbnr SAHABAT (:
AKU SAYANG KAWAN SAMPAI MATI AKU KETAT2!
TENGS 4 EVERYTHING (;

    Labels:


    Trying hardly to forget all the past :)