aKatSukiZ (:
+Follow
"MAAF. Perlu masa untuk menyendiri. Mencari semula siapa diri ini dan tujuan aku diciptakan. Mohon doakan aku. Aku tetap sama, cuma aku adalah aku yang sedang mengenali ISLAM dengan lebih dekat. AKU LAH NUR 'AINA BINTI AHMAD YUSPI :')" #TeamHijrah


tumblr / facebook / twitter
← old new →
(1931-2015)
Friday, February 13, 2015
Assalamualaikum.

Lamanya tak menaip. Adakala terdetik juga untuk mendelete blog ini.




Entah kenapa, lain macam rasanya bila dapat tahu pemergian beliau. Sungguh.

Cuma satu mahuku kata kan, dimanakah ada gantinya lagi orang yang hebat seperti ini?

"BUKAN DUNIA YANG DICARI, TETAPI AKHIRAT"

Perjuangan yang sangat dikagumi, budi pekerti yang amat tinggi. Pemimpin yang hebat.

Perkongsian mengenai beliau :

" Tuan Guru bermalam di rumah menantunya, beliau bejemaah menunaikan solat maghrib dan isya' bersama, selepas itu beliau mula membaca alquran. Sehingga menantunya masuk tidur, beliau masih lagi beribadah menghadap penciptanya. Menantunya terjaga di tgh malam(dlm 3pg), dilihatnya kembali beliau masih di tikar sembahyangnya, tetapi kali ini beliau sedang menunaikan solat. Disambungnya lagi tidurnya sehinggalah dia terjaga untuk menunaikan solat subuh , tetapi kelihatan beliau masih setia di tikar sejadahnya. Sekitar jam 8pagi, barulah Tuan Guru Nik Aziz meminta secawan kopi dari menantunya untuk diminum "

Tuan Guru Nik Aziz adalah ulama' yang hebat, menghabiskan masa hanya mendekatkan dirinya pada Penciptanya. Berbeza dengan kebanyakan orang yang lambat tidurnya hanyalah hal duniawi semata. 

Ayuhlah sama-sama kita berubah dan jadikan beliau sebagai contoh untuk kita terus mengejar syurga ALLAH.





Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur. - (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074) "


إنا لله وإنا إليه راجعوناللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الذنوب والخطايا كما ينق الثوب الأبيض من الدنس. اللهم أنزل رحمة عليه وفي قبره وابعثه مع القوم الصالحين وادخله في الجنة

Trying hardly to forget all the past :)